SEJARAH
PENUBUHAN PSS
Pusat Sumber
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku
bermula dengan sebuah bilik bacaan induk pada tahun 1971 hingga 1981 .
Bilik bacaan induk tersebut hanya berkeluasan sebuah bilik darjah dan mampu
menampung seramai 40 orang pelajar.
Bermula pada
tahun 1982, pengubah suaiian mula berlaku dan
pada tahun 1999 PSS Induk mula
beroperasi di bangunan baru. Sementara bilik APD, ABM, Galeri , makmal
Matematik, bilik SAL dipindahkan tempat operasinya berhampiran PSS induk. Kini
PSS induk dapat menampung 180 orang pelajar dalam satu-satu masa.
Pelbagai
kemudahan untuk pemerolehan maklumat disediakan di PSS induk dan rangkaiannya.
Selain dari bahan cetak konvensional, PSS turut dilengkapi dengan kemudahan
ICT. Untuk memudahkan pengurusan dan pengendaliannya, PSS induk dihubungkan
dengan rangkaian computer secara ‘local area network’ ( LAN ) dengan
koridor-koridornya. Dengan adanya kemudahan tersebut, capaian internet boleh
dibuat di seluruh kawasan sekolah. Sementara itu, sistem pengautomasian pula
telah diguna pakai di sekolah ini mulai tahun 2007.
Penyediaan
kemudahan dan perkhidmatan yang berkesan telah menjadikan PSS Sekolah Menengah
Kebangsaan padang Tengku sebuah PSS yang cemerlang dan seterusnya menjadi “
bench mark” kepada sekolah-sekolah sekitarnya.
Kecemerlangan
PSS SMK Padang Tengku bukan hanya
terletak pada pengurusan yang mantap dan berkesan, malah turut didokong oleh
kemudahan prasarana yang lengkap dan ceria serta suasana yang kondusif sebagai
pemangkin iklim pembelajaran yang berkesan. Selain menerima peruntukan daripada
kerajaan dan wang SUWA, kemudahan fizikal PSS turut dipertingkatkan melalui
jaringan komuniti seperti ibu bapa, PIBG,
syarikat-syarikat perniagaan dan pihak NGO. PSS juga turut menerima
sumbangan daripada orang perseorangan, tokoh-tokoh koporat dan
pemimpin-pemimpin masyarakat.
Maka tidak
hairanlah apabila PSS SMK Padang Tengku telah muncul sebagai PSS terbaik di kawasan
Kuala Lipis
No comments:
Post a Comment